Assalamualalaikumwarahmatullahiwabarakatu dan salam
sejahtera kepada semua pelajar Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Syukur ke
hadrat Ilahi kerana memberi saya kudrat untuk memberi sepatah kata sempena PSPM
Semester II dan IV. Sebelum itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa kita yang telah bersusah-payah
membesarkan dan mendidik kita, rakan-rakan yang sentiasa bersama kita sehingga
hari ini tatkala susah dan senang serta guru/pensyarah yang telah memberi kita
input-input yang berguna dalam membentuk kita semua.
Pada
Disember yang lepas, warga KMS pernah digemparkan dengan keputusan PSPM yang
kurang memuaskan dan perkara ini mengecewakan bagi warga pendidik serta pegawai
tadbir kolej ini. Perkara ini telah memberi satu cabaran yang besar kepada rakan-rakan
supaya cuba sedaya upaya untuk cuba
meningkatkan prestasi dalam akademik akan datang.
Di
sini saya ingin menegaskan bahawa kita perlu bersama-sama mencari punca kepada
masalah ini dari akar umbinya. Kita perlu bersama-sama berganding bahu untuk
meningkatkan semula martabat dan nama baik kolej ini. Kelemahan diri perlu
dicari dan diperbaiki supaya kesilapan yang sama tidak berulang pada masa akan
datang. Usaha yang berkesan juga perlu dilakukan supaya setiap pelajar Kolej Matrikulasi
ini dapat melakukan yang terbaik pada PSPM II dan IV.
Akhir
sekali, saya berharap bahawa rakan-rakan seharusnya bersedia lebih awal dalam
menghadapi PSPM kali ini. Sebarang persiapan dari segi rohani dan jasmani serta
material (alat tulis) wajar dilakukan dari sekarang. Pemahaman yang mendalam
amat diperlukan supaya rakan-rakan tidak tergamam dan terkejut ketika mengambil
peperiksaan kerana corak soalan yang amat berbeza berbanding sebelum ini.
Selain itu, keperluan untuk melakukan pembelajaran secara berkumpulan adalah
amat digalakkan. Rakan-rakan perlu menanamkan semangat tidak mudah berputus asa
dan sanggup menghadapi cabaran bagi meneruskan lanjutan pelajaran ke IPTA.
Semoga kita sama-sama mendapat mencapai keputusan yang cemerlang di dunia dan
di akhirat. Memori dan impian yang indah sentiasa menjadi pendorong dalam mencapai
kejayaan kita. Marilah kita tinggalkan KMS yang bertuah ini dengan kenangan yang indah iaitu mendapat kecemerlangan seperti yang diharapkan.
Terima Kasih.
AZFAR