28 Jun 2014, Bengkel ini melibatkan semua pensyarah matematik dah peserta olimpiad kolej seramai 80 orang. Ia disampaikan oleh En. Mohd Suhaimi bin Ramly.
Monday, 30 June 2014
Maths Care
20 Jun 2014, Jumaat. Program "Maths Care" unit matematik telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Kolej Matrikulasi Selangor, Hj. Mustafar bin Musa.
Thursday, 12 June 2014
Tuesday, 3 June 2014
SEMAK KEPUTUSAN PSPM2 SESI AMBILAN 2013/14
Pelajar boleh semak keputusan mulai 5 jun 2014 mulai jam 10.00 pagi melalui 2 kaedah :
KAEDAH 1
sila layari laman web
KAEDAH 2
Telefon kolej masing-masing
Saturday, 12 April 2014
Harapan Pengerusi Kelab Matematik Sesi Ambilan 2013/14
Assalamualalaikumwarahmatullahiwabarakatu dan salam
sejahtera kepada semua pelajar Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Syukur ke
hadrat Ilahi kerana memberi saya kudrat untuk memberi sepatah kata sempena PSPM
Semester II dan IV. Sebelum itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa kita yang telah bersusah-payah
membesarkan dan mendidik kita, rakan-rakan yang sentiasa bersama kita sehingga
hari ini tatkala susah dan senang serta guru/pensyarah yang telah memberi kita
input-input yang berguna dalam membentuk kita semua.
Pada
Disember yang lepas, warga KMS pernah digemparkan dengan keputusan PSPM yang
kurang memuaskan dan perkara ini mengecewakan bagi warga pendidik serta pegawai
tadbir kolej ini. Perkara ini telah memberi satu cabaran yang besar kepada rakan-rakan
supaya cuba sedaya upaya untuk cuba
meningkatkan prestasi dalam akademik akan datang.
Di
sini saya ingin menegaskan bahawa kita perlu bersama-sama mencari punca kepada
masalah ini dari akar umbinya. Kita perlu bersama-sama berganding bahu untuk
meningkatkan semula martabat dan nama baik kolej ini. Kelemahan diri perlu
dicari dan diperbaiki supaya kesilapan yang sama tidak berulang pada masa akan
datang. Usaha yang berkesan juga perlu dilakukan supaya setiap pelajar Kolej Matrikulasi
ini dapat melakukan yang terbaik pada PSPM II dan IV.
Akhir
sekali, saya berharap bahawa rakan-rakan seharusnya bersedia lebih awal dalam
menghadapi PSPM kali ini. Sebarang persiapan dari segi rohani dan jasmani serta
material (alat tulis) wajar dilakukan dari sekarang. Pemahaman yang mendalam
amat diperlukan supaya rakan-rakan tidak tergamam dan terkejut ketika mengambil
peperiksaan kerana corak soalan yang amat berbeza berbanding sebelum ini.
Selain itu, keperluan untuk melakukan pembelajaran secara berkumpulan adalah
amat digalakkan. Rakan-rakan perlu menanamkan semangat tidak mudah berputus asa
dan sanggup menghadapi cabaran bagi meneruskan lanjutan pelajaran ke IPTA.
Semoga kita sama-sama mendapat mencapai keputusan yang cemerlang di dunia dan
di akhirat. Memori dan impian yang indah sentiasa menjadi pendorong dalam mencapai
kejayaan kita. Marilah kita tinggalkan KMS yang bertuah ini dengan kenangan yang indah iaitu mendapat kecemerlangan seperti yang diharapkan.
Terima Kasih.
AZFAR
Thursday, 3 April 2014
KAJIAN TAHAP KESUKARAN TOPIK-TOPIK MATAPELAJARAN PENGURUSAN PERNIAGAAN SEMESTER 2 TERHADAP PELAJAR SESI AMBILAN 2013/14
KAJIAN INI ADALAH UNTUK PELAJAR PERAKAUNAN SAHAJA SESI AMBILAN 2013/14.
BORANG SOAL SELIDIK ONLINE https://docs.google.com/forms/d/1BsWfT8hnkXLVa7fb8fV1V79roLfT3TT9POaKIaTTiEA/viewform
BORANG SOAL SELIDIK ONLINE https://docs.google.com/forms/d/1BsWfT8hnkXLVa7fb8fV1V79roLfT3TT9POaKIaTTiEA/viewform
SOALAN PERSEDIAAN QS025 PSPM 2 SESI AMBILAN 2013/14
SET A : https://docs.google.com/a/kms.matrik.edu.my/file/d/0B8XDC-pkHigoeER4NE05Z1pLT3c/edit
SET B : https://docs.google.com/a/kms.matrik.edu.my/file/d/0B8XDC-pkHigoazAxVlQwcDF2SWs/edit
Usaha Tangga Kejayaan,
Selamat Mencuba,
Doa kami(Guru-Guru) sentiasa bersama anda.
Semoga kecemerlangan yang diiginkan dapat kita capai.
Subscribe to:
Posts (Atom)
