Tuesday 24 July 2012

PERLANTIKAN AJK TETAP KELAB MATEMATIK SESI 2012/13


Hari ini dalam sejarah, tanggal 24 Julai 2012 jam 5.30 petang maka lahirlah Kelab Matematik Kolej Matrikulasi Selangor yang ditubuhkan oleh pelajar Kolej Matrikulasi Selangor. Seramai 68 orang pelajar hadir bagi mendengar taklimat penubuhan kelab ini. Tahniah kepada pelajar yang menghadirkan diri. 
Objektif penubuhan kelab ini ialah untuk mengembangkan potensi pelajar secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Penubuhan kelab ini nanti dapat menterjemahkan kreativiti pelajar yang terpendam dalam melakukan aktiviti serta menarik perhatian pelajar mengikut kehendak penyampaian ilmu pada masa kini.
Agenda perjumpaan ialah menerangkan program-program yang dijalankan oleh unit matematik dan program-program yang boleh dilakukan oleh kelab matematik. Selepas itu, perlantikan ahli jawatan kuasa tetap dipilih. Tahniah kepada mereka yang terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap. Diharapkan penubuhan kelab ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar kolej ini.



Sunday 22 July 2012

PENUBUHAN KELAB MATEMATIK KMS

TARIKH  : 24 JULAI 2012
HARI       : SELASA
MASA     : 5.00 - 6.00 PETANG
TEMPAT : DKB 1