Saturday 12 April 2014

Harapan Pengerusi Kelab Matematik Sesi Ambilan 2013/14

               

      Assalamualalaikumwarahmatullahiwabarakatu dan salam sejahtera kepada semua pelajar Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi saya kudrat untuk memberi sepatah kata sempena PSPM Semester II dan IV. Sebelum itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa kita yang telah bersusah-payah membesarkan dan mendidik kita, rakan-rakan yang sentiasa bersama kita sehingga hari ini tatkala susah dan senang serta guru/pensyarah yang telah memberi kita input-input yang berguna dalam membentuk kita semua.
       Pada Disember yang lepas, warga KMS pernah digemparkan dengan keputusan PSPM yang kurang memuaskan dan perkara ini mengecewakan bagi warga pendidik serta pegawai tadbir kolej ini. Perkara ini telah memberi satu cabaran yang besar kepada rakan-rakan supaya cuba sedaya upaya untuk  cuba meningkatkan prestasi dalam akademik akan datang.
        Di sini saya ingin menegaskan bahawa kita perlu bersama-sama mencari punca kepada masalah ini dari akar umbinya. Kita perlu bersama-sama berganding bahu untuk meningkatkan semula martabat dan nama baik kolej ini. Kelemahan diri perlu dicari dan diperbaiki supaya kesilapan yang sama tidak berulang pada masa akan datang. Usaha yang berkesan juga perlu dilakukan supaya setiap pelajar Kolej Matrikulasi ini dapat melakukan yang terbaik pada PSPM II dan IV.
         Akhir sekali, saya berharap bahawa rakan-rakan seharusnya bersedia lebih awal dalam menghadapi PSPM kali ini. Sebarang persiapan dari segi rohani dan jasmani serta material (alat tulis) wajar dilakukan dari sekarang. Pemahaman yang mendalam amat diperlukan supaya rakan-rakan tidak tergamam dan terkejut ketika mengambil peperiksaan kerana corak soalan yang amat berbeza berbanding sebelum ini. Selain itu, keperluan untuk melakukan pembelajaran secara berkumpulan adalah amat digalakkan. Rakan-rakan perlu menanamkan semangat tidak mudah berputus asa dan sanggup menghadapi cabaran bagi meneruskan lanjutan pelajaran ke IPTA. Semoga kita sama-sama mendapat mencapai keputusan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Memori dan impian yang indah sentiasa menjadi pendorong dalam mencapai kejayaan kita. Marilah kita tinggalkan KMS yang bertuah ini dengan kenangan yang indah iaitu mendapat kecemerlangan seperti yang diharapkan.

Terima Kasih.

AZFAR
















No comments:

Post a Comment